9 August 2011

Chicken Lasagne


Aritu saya cuba buat  Chicken Lasagne.....first time cuba nasib baik menjadi.....meh tengok macam ne nak buat...saya ambil resepi daripada Koleksi resepi Nannie

saya panggil ni kulit lasagne...beli je dekat supermaket mana2, kalau xde brand ni, lain2 brand pun ada.





BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:

1 kotak instant lasagna
2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
1 mangkuk ayam cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula ayam cincang , herba oregano dan kacau sampai ayam masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :

3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
800ml susu segar kotak
1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MASAK SOS BECHAMEL:
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan , guna api dapur sederhana besar dan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam . Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak .Boleh ditutup api dapur.

CARA MASAK LASAGNA :

Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian curah sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese . Ulang semula susun kepingan lasagna , curah sos dan tabur cheese buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan.


Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna .Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masak kepingan lasagna ni nanti .

A - susun kepingan lasagna
B - lapis sos bolognese - banyak
C - lapis sos bechamel - banyak
D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri

* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D . Buat sampai habis semua bahan - bahan .



No comments:

Post a Comment