23 August 2011

Udang Galah Masak Lemak





Bahan-bahannya:

4 ekor udang galah
9 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 biji bawang putih kisar
2 biji bawang merah kisar
sedikit halia dikisar
sedikit kunyit hidup dikisar
5 batang serai dititik
asam keping
200 ml santan
2 biji tomato-dibelah 2
air secukupnya
garam

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan air mengikut citarasa. Kacau sebati.
2. Masukkan santan dan kacau lagi. Bila kuah sudah menggelegak masukkan udang galah yang telah siap disiang tadi.
3. Kacau dan biarkan udang galah tadi masak. Rasakan masin secukup rasa dan matikan api.

17 August 2011

Mengidam ;)


huwaa.....:(   tahun ni masa bulan puasa x dapat lagi nak makan laksa johor dan botok-botok ikan tenggiri.....rindu sangat dengan air tangan mak.....mak buat/masak semua sedap!!!macam mengidam orang mengandung pulak, ni ngidam anak tekak je....heheh. x boleh jadi ni, nanti balik 27/8 ni seboleh2 nak mak buat juga laksa johor dengan botok-botok....meleleh air liur dibuatnya......



 laksa johor (gambar google)





botok-botok ikan tenggiri (gambar google)




16 August 2011

Iftar 16 - Ikan Kembong Bakar Berlada

Hari ni puasa yang ke 16.  Rasa sekejap je bulan puasa tahun ni.....sebenarnya saya masih 'cuti' puasa lagi tapi excited juga nak sediakan juadah berbuka untuk en.abang sayang. Hari ni pun menu paling senang....kembong bakar aje cicah air asam.....sedap tau!!!air asam pulak beli je dekat cafe ofis.....sonang keje.....hehehe ;)



 
Bahan2 paste
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai*
1 inci lengkuas*
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
3 sudu cili kering kisar
1 inci belacan*
garam
gula melaka/gula pasir (ikut sesedap rasa la)
air asam jawa
* = untuk dikisar
 
 
Cara-Cara
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan bahan kisar tadi.
3. Bile hampir kering masukkan air asam, garam, gula dandaun kunyit. Biar sehingga sedikit kering. Angkat.
4. Lumurlah paste ini pada ikan bakar yang korang suka. Bakarlah ikut cara anda. Boleh bungkus dengan aluminium foil dan bakar atas api or grill atas kuali.

Udang masak Masam Manis


Ini pulak feberet en.hubby, dia memang suka makan udang tapi dia x berapa suka sambal udang sebab dia tak tahan pedas.......kalau masak macam ni dia suka la sebab tak pedas......boleh ratah2 lauk aje.....



Bahan-Bahan :

1/2 kg udang
4 sudu sos chili
5 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 sudu cili boh
1 biji bawang besar ( ditumbuk)
5 biji bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
1/2 biji lada banggala hijau
1 biji bawang besar- dihiris kasar
garam secukup rasa

Cara - Cara
Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh sehingga masak dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Sekiranya terlalu pekat, masukkan air sikit...lepas tu masukkan udang... last sekali masukkan lada banggala dan bawang besar yang dah dihiris kasar..

Puding Laici

Weekend hari tu ada buat puding laici.....puding paling senang nak buat..... lain2 puding memang x pandai la nak buat, nak2 kalau buat puding pelangi, pernah buat tapi 'pelangi' dia asyik tercabut atau x lekat aje.....heheh



PUDING LAICI 

Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin... [cincang sikit]
1/2 tin laici [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

10 August 2011

Rendang Kerang dengan Kacang Panjang



BAHAN-BAHANNYA
300 gram isi kerang segar, cuci dan toskan
200 ml pati santan
1 helai daun kunyit, hiris halus2
2 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
1/2 camca besar kerisik
1 camca besar rempah kari ikan
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
3 batang kacang panjang - dihiris



BAHAN KISAR HALUS
1 batang serai, hiris halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas
2 keping hirisan halia
2 biji buah keras
1/3 inci belacan
25 biji cili padi merah
1/2 inci kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Bila terbit minyak, masukkan pati santan. Biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan gula melaka, kerisik, asam gelugor, daun limau purut dan garam secukup rasa. Tambah kerang, masak hingga kering, guna api kecil. Rasa dan jika ok, masukkan kacang panjang yang dihiris dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit, kacau rata dan boleh angkat



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Spaghetti Bolognese

Selalu time malas memang suka masak spaghetti bolognese ni aje sampai jemu pulak......sebab memang sentiasa simpan stok spagetti dengan daging kisar Ramly, yang daging kisar tu memang buat stok sebab macam-macam boleh buat dengan daging tu, buat inti karipap boleh.....inti sandwic daging pun boleh.....x kiralah....apa2 pun boleh...heheh





Bahan-bahan 

500 gram spaghetti (sepeket/sekotak)
500 gram daging lembu cincang
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang(optional)

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan. 
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  5. Masukkan herba, carrot, cendawan butang, garam dan gula secukup rasa.
  6. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  7. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.